Bengang.


\Assalamualaikum/

Hai. Selamat sejahtera dan selamat petang. Nampak title kat atas ni kan? *angkat kening* S bukannya nak memburukkan sesiapa, S cuma nak share sikit ni haa. Kadang-kadang sakit juga hati ni kalau ada orang yang sengaja buat kita bengang. Yelah, siapa yang suka kalau ada orang menuduh kita tanpa usul periksa ni.

Straight to the point, benda ni terjadi pada kawan S. Kawan S ni, dia ada kawan. So, kawan kepada kawan S inilah yang buat kawan S ni bengang. Ops, maaflah kalau buat kepala pening ya. *hihi* Macam nilah, S ada kawan yang bernama A. A ni pulak ada kawan. Kawan A ni yang buat A bengang. Mulanya S tak tahu apa yang dah kawan A ni buat dekat A tu. 

Sampailah satu haritu, A masuk dalam bilik sambil jalan hentak-hentak kaki dengan bibir muncung sedepa then duduk sebelah S. Dia pun cerita dekat S yang kawan dia ni, dah tuduh dia macam-macam. Maka berlakulah conversation bawah ni;

A: Aku bengang ni. Bengang ni wei!
S: Beb, relaks. Cuba kau tenang dulu.
A: Macam mana aku nak tenang. Eee, aku tengok dia tu besar kecil, besar kecil!
S: Apa kau merepek ni? Tadi cakap bengang, lepas tu besar kecil pulak.
A: Ni haa, BFF kesayangan kau ni, betul-betul bengang ni. Ada orang cari pasal kat dia ni!
S: Okay okay. Kau story satu-satu. Aku dengar.
A: Ada ke patut aku kena tuduh disebabkan benda yang tak patut? Ish, tak patut betul!
S: Apa yang patut tak patut ni? *sambil kerutkan dahi, kecilkan mata* 
A: Dia tuduh aku buat harta pensel kayu Faber-Castell ajaib dia. Entah apa yang ajaibnya pun aku tak faham!
S: Haa?! Biar betul? *mata semakin mengecil*
A: Kau jangan buat muka macam tu. Kang aku mengamuk dengan kau pulak kang.
S: *ketawa tiba-tiba sambil berguling-guling sampai keluar air mata*
A: Aku tahulah pensel tu dia baru beli. Aku pinjam haritu terlupa nak pulangkan.
S: Aduh, sakit perut aku. Kau pulangkan jelah pensel ajaib dia tu. Nanti menangis pulak dia lagi susah.
A: Aku dah pulang balik kat dia tu. *sambil buat muka menyampah*

Haa, itulah cerita yang sebenarnya. Mula-mula excited juga nak tahu, apa benda yang A dah terbuat harta sangat tu. Ingatkan barang kemas ke apa. Rupanya pensel aje. So, moral of the story, jangan main tuduh-tuduh benda tak patut sebelum periksa dulu ok!

P/s: Teringat masa kecil dulu, selalu share pemadam dengan kawan meja sebelah.

xoxo,
S.

3 comments:

  1. moral of the story - letak nama kat pensel tu...macam masa sekolah dulu...hehehehe...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

[AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998]
Penghantaran sebarang komen, cadangan @ komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam @ jelik dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut @ mengganggu orang lain dengan @ tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit @ dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun @ kedua-duanya.